Produk Muslim Best yang mendapat sambut tinggi adalah murtabak raja daging berperisa sos lada hitam, murtabak raja sardin bersos salsa nanas, murtabak raja kari ayam, karipap daging lada hitam, popia cendawan berkeju dan samosa coklat pisang yang banyak dijual di hypermarket seluruh negara.
Produk-produk Muslim Best dibuat dengan penuh teliti, berintikan 100 peratus daging lembu tempatan dan daging ayam tempatan, sardin berkualiti, cendawan segar disaluti keju, gabungan pisang dan coklat, telur bergred tinggi dan bawang segar.
Produk makanan dikenali karipap Rindu yang paling mendapat permintaan tinggi kerana intinya daripada daging lembu dikisar yang dimasak bersama sos lada hitam, tanpa kentang atau keledek.