Keseimbangan hormon adalah matlamat yang ingin dicapai untuk membina kesihatan badan secara menyeluruh pada hari dewasa dan tua kelak. Lepidium Peruvianum Chacon ataupun lebih dikenali sebagai Maca, adalah sejenis tumbuhan yang dikenalpasti mengandungi bahan-bahan tertentu yang mampu bertindak meningkatkan semula keupayahan fungsi kelenjar seks untuk menghasilkan hormon progesterone, testosterone, dan juga estrogen. Progesterone diperlukan untuk merangsang fungsi kelenjar thyroid. Thyroid dianggap sebagai kelenjar yang terpenting di dalam badan manusia, kerana ia bertanggungjawab mengawal dan menyelaras fungsi bagi setiap kelenjar endoktrin yang lain, dan dengan memulihkan keupayaan fungsi kelenjar thyroid, keseimbangan hormon dapat dikembalikan.
Maca dan Tribulus Terresteris adalah gabungan yang hebat kerana kedua-duanya dapat membantu meningkatkan semula penghasilan hormon testosterone. Hormon testosterone berperanan penting dalam pembinaan sel-sel otot, membakar lemak, dan melancarkan peredaran darah. Keseimbangan hormon dianggap penting kerana ia membina pertahanan badan untuk kekal sihat. Tricajus sangat baik untuk pesakit tekanan darah tinggi dan kencing manis kerana kedua-dua jenis penyakit ini adalah permulaan kepada penyakit-penyakit yang lain seperti penyakit jantung, stoke, dan juga kanser. Sementara itu, polyphenols pula bertindak sebagai antioksida bagi menentang pembentukan radikal bebas di dalam badan yang berpunca daripada persekitaran yang tercemar, mahupun pengambilan makanan pada setiap hari. - maca.my
Similar products